14 Februari datang lagi. Ribuan, mungkin ratusan ribu, mungkin jutaan umat Islam akan "menyesatkan" diri masing-masing untuk sama-sama meraikan Hari Valentine atau Hari Kekasih (nama yang telah disesuaikan untuk "menghalalkan" sambutan hari tersebut). Bagi golongan sedikit berusia,mungkin ada yang tak pasti ada apa dengan 14 Februari nih..tapi bagi golongan anak muda, 14 Februari menjadi agenda penting & besar setiap tahun.Meriah dan mesti diraikan!Jauh ke atas mengalahkan sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul Quran…
Memang mengelirukan dan menyesatkan! Walhal secara realitinya kita tidak memerlukan hari tertentu untuk menunjukkan kasih sayang bukan sahaja kepada orang tersayang tetapi juga kepada seluruh umat manusia.Menjelang malam tersebut, berduyun-duyunlah pasangan yang beragama Islam berkepit-kepit di restoran, panggung wayang, di taman-taman bunga/rekreasi, dan di pusat-pusat beli-belah. Dek kerana terlalu menghayati hari kekasih ada juga gadis-gadis yang singkat akal terpedaya dengan janji manis sehingga mempengaruhi mereka menyerahkan mahkota diri dan terjebak dengan perlakuan zina. Mitos? Sedangkan pada pagi sambutan Hari Kemerdekaan bersepah kondom di sana sini, masakan pula pada Hari Valentine fenomena jijik dan dilaknati Allah ini tidak berlaku.Menjelang malam tersebut juga, peniaga-peniaga bergerak bertebaran di sana sini membawa bunga ros pelbagai warna. Dengan senyuman manis, mereka memujuk pasangan-pasangan yang tengah mabuk asmara itu membeli dan menghadiahkan bunga tersebut kepada kekasih masing-masing. Bayangkan jika sejambak bunga ros itu dijual semurah RM10, berapakah keuntungan mereka pada malam itu? Durian runtuh, runtuh akhlak!
Amat memalukan dan menjijikkan,bila beberapa hari lepas,muncul satu kempen ‘No Panties' semasa keluar bersama pasangan kekasih yang dipromosikan di kalangan penuntut wanita IPT. Aduhai anak gadis / wanita…apa yang sedang berlaku ni?Jelas sekali kempen ini menggalakkan perlakuan seks luar nikah atau ringkas kata zina,petanda besar keruntuhan moral berlaku di sana-sini,(tanda-tanda akhir zaman)dan nampaknya golongan intelektual pun tidak terkecuali,malah mungkin menerajui…..Jangan marah-marah,realiti lagi!
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”
Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.
Firman Allah yang bermaksud:
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)
.Sambutan hanya sehari namun impaknya tidak berakhir di sini.Satu antara yang paling jelas, boleh dilihat 9 bulan kemudian…Anak Valentine,lahir & terbuang,bersepah di sana-sini. Maafkan saya.Saya tidak menuduh semua yang menyambutnya berakhir begitu..Sebagai seorang Muslim,saya memang langsung tak nampak mengapa 14 Februari ni perlu diraikan.
Setahu saya,sejarah 14 Februari ni adalah merupakan hari memperingati Valentine,seorang paderi yang kuat pengaruhnya di Spanyol tatkala zaman pemerintahan Ratu Isabella dan memainkan peranan besar dalam menjatuhkan kerajaan Islam.Ada juga versi-versi lain yang kedengaran,tapi saya tak berhajat memanjangkannya di sini.Yang pasti,walau pelbagai versi boleh kita baca sana-sini,tak satu pun kisah tersebut menyatakan tentang hari berkasih sayang yang perlu dipupuk-pupuk dalam kalangan orang yang belum sah ijabkabul. Ringkasnya,tak pernah saya dengar cerita yang menyatakan bahawa Valentine adalah hari di mana pasangan bukan muhrim dibolehkan berkepit ke sana-sini,atau duduk berdua-duaan di tempat sunyi dalam keadaan boleh mendatangkan syak…melainkan kisah sejarah meraikan kejatuhan kerajaan Islam.
Jadi persoalan besar di sini,mengapa anak muda kita teruja meraikannya? Tahukah mereka apa yang mereka raikan sebenarnya? Sedarkah mereka? Nampak sangat lah ya,yang anak muda kita ni terlalu mudah menerima sesuatu tanpa mengenal buruk baiknya…Jangan terlalu mudah menerima sesuatu budaya,terutama jika tidak kita tahu sejarahnya,justeru ini boleh memesongkan akidah sebagai seorang Muslim.Pendek kata jangan membuta tuli terutama apabila ia berkaitan dengan akidah.
Jadi,tak hairanlah kini,bila bencana berlaku di mana-mana.Gempa bumi & tsunami berupa salah satu tanda yang Allah sedang melaknati kita dek kemungkaran yang kita lakukan secara berleluasa.
Mengapa saya menulis tentang ini? Secara peribadinya,saya memang ‘meluat’ melihat tingkah-laku muda-mudi zaman sekarang,yang hilang rasa malu dan adab sopan. Bila ditegur,kita pula disergahnya! Bila kejadian sudah depan mata,takkan hendak kita biarkan begitu sahaja?Tak nak lah menanggung dosa sebab bersubahat…Menegur hal mungkar,bukan terletak di tangan ustaz/ustazah semata-mata.Setiap ahli masyarakat ada peranannya.Berdakwah, banyak cara berdakwah..mudah-mudahan dengan menulis begini,dapat juga memberi keinsafan kepada yang membaca,amin!
No comments:
Post a Comment